26 March 2011

bintang

secebis bintang terang jatuh ke bumi
hilang terang nya lalu malap jadi nya
tidak terdaya ia untuk menerangi dunia
hanya kerana hati nya pecah 
seribu keping-kepingan kecil
maka bintang itu pun mencari mereka
yang mampu untuk membantu diri nya
kembali kepada sedia kala
bertahun dia mencari insan

sehingga suatu hari bertemu lah dia
dengan satu jasad
lalu bintang itu terasa bagai hati nya 
hampir pulih
insan tersebut membuat kan bintang itu ketawa
gembira
hilang segala duka
terasa bagai bintang itu
telah menemui cinta
di atas muka bumi yang fana.

pada suatu malam
ketika bintang dan insan berdua
hati bintang itu pun bersatu
dek kala mereka berpegangan tangan
melafaz kata cinta
insan cemas 
ketika melihat hati bintang itu bersinar
insan mahu lari
tapi dipegang erat tangan nya oleh bintang

"tolong," lafaz si bintang
"jangan kau lari.
sudah bertahun aku mencari 
mencari manusia yang mampu
menyatukan hati ku.
bertahun ku mencari
akhirnya engkau yang aku temui
dalam berjuta manusia di muka bumi
engkau telah mengubati hati ku ini
aku tahu aku bukan lah manusia biasa
yang seperti kau harapkan
tapi
jangan lah kau lari daripada ku
tolong." lafaz si bintang.

si insan hanya mampu berdiri
terkedu
tetapi setelah beberapa ketika
si insan pun berkata

"aku terasa sama seperti mu wahai bintang."

"tapi, bagaimanakah kau tahu,
aku sebutir bintang?"

"kerana, aku, 
merupakan dirimu.
lama sudah ku mencari kamu wahai bintang ku
rupa-rupa nya engkau lah bintang dan juga hati ku
nyawa ku
jiwaku"

seraya, hati insan pun bercahaya
maka teranglah tempat itu
dengan cahaya cinta mereka
satu dentuman kuat berkumandang
maka terkejut lah manusia di sekeliling mereka
mendengar bunyi yang agak menakutkan juga
maka ramai lah berlari, pergi
ke arah bunyian yang kuat tadi

tapi tiada apa yang mereka jumpa
cuma beberapa cebisan kerikil-kerikil bercahaya
di atas tanah konkrit
tanpa manusia-manusia itu sedari
dari atas melihat kerenah mereka
sepasang bintang tersenyum
gembira
menemui cinta.



p.s: inspired.

2 comments:

  1. This is beautiful Aj.

    ReplyDelete
  2. like seriously maya? OMG OMG OMG thank you! :')

    ReplyDelete