Showing posts with label puisi. Show all posts
Showing posts with label puisi. Show all posts

22 November 2012

apa kau, harapkan?

pabila aku berpijak ke tanah
kau menjulang ku tinggi ke langit 
pabila aku tidak mampu terbang dan jatuh
rebah, menyembah bumi,
kau ketawa besar,

"KAH! KAH! KAH!"

sama seperti bunyi meriam ditembak
di medan perang;
bingit dan sakit
segala hati, jiwa, raga-
pelik terasa

engkau yang junjung aku
dan pabila ku jatuh
kau tidak mengangkat ku sebaliknya
meninggalkan ku bergelut dengan tanah
dan lumpur seorang diri-

"mati lemas",
kata koroner, dengan nada flat,

walhal, mati kerana:
tidak mampu hidup mengikut, mencapai 

ekspektasi.



p.s: hope kills, you know?

06 November 2012

boleh, kan?

hati ku separuh ini, boleh kau jadi kan ia satu?
senyuman ku yang hilang, boleh kau carikan?
jiwa ku yang tidak tenang, boleh kau tenteramkan?
emosi lama yang sudah bertapak, boleh kau alih dan tanam yang baru?
perasaan rindu yang menggila, boleh kau ubati?
air mata yang mengalir, buat ia berhenti?
teman yang hilang dan dicari, boleh kah kau jadi pengganti?

tapi, 

soalan lagi penting,

boleh kah aku buat semua itu,
jadi pengganti (bagi yang sudah pergi)
dalam hidup kamu?


p.s: bukan engkau sahaja, aku juga perlu (buat apa yang patut).

02 November 2012

apa kata hati?

berjuta bintang ku lihat tapi di luar 
langit sedang menangis
kencang;
bukan di langit ku pandang
tapi di mata kau ku lihat sinaran-
berkilauan megah.

aku mengambil bantal 
dan menekup muka ku 
tapi kau alih dan mencium bibirku dengan
perlahan-

"aku ingin lihat muka kau,"

seraya, mata ku bertentang dengan mata kau-
silau;
mata ku dikecilkan
dikala bintang-bintang kecil berkerlipan 
dan hati ku pun berbisik,

"ah kau, angau lagi."

dan aku pun berketawa kecil,
menyetujui kata hati.



p.s: di awangan kerana kau.


23 October 2012

gila dan mabuk

detik-detik bersama kau aku simpan;
aku catat atas kertas warna-warni
dan aku simpan dalam bekas kaca
kedap udara.

setiap kali aku rindu,
aku buka bekas itu dan aku baca
detik-detik tersebut sehingga
aku senyum sendirian seperti
orang gila-

orang gila yang sedang mabuk:
bercinta.


p.s: sehingga senyuman bertukar menjadi tangisan.

18 October 2012

oh kau lagi?

kau tarik aku untuk jatuh cinta 
(semula)
dan aku dengan selambanya setuju
padahal aku tahu.......
(komplikasi emosi)



p.s: what have i gotten myself into.

10 October 2012

tegarkan hatiku

cinta datang tanpa disedari
bila pergi ia akan diratapi
dan proses akan berulang-ulang
sehingga mati.


p.s: when you least expect it.

07 October 2012

aku menari, engkau?

terpukau melihat kau menari
eksperi gembira, sedih, melankoli
bermain-main di muka
topeng ditukar mengikut ritma, rentak
setiap gerak langkah mengikut masa
tepat
sungguh gembira 
wahai penari

walaupun aku tahu sebenarnya
hati kau sedang sedih dan gundah gulana.

teruskan menari bertukar-tukar topeng
apa saja kau mampu buat untuk
teruskan hidup.


p.s: selamatkan hidup.

percaya atau tidak?

i nampak unicorn semalam
terbang dengan gembira
tidak peduli sesiapa
terbang je dia merentas awan
i pun terpaku melihat unicorn tu
tak pernah nampak kot unicorn
baru semalam nampak
lepas tu unicorn lenyap disebalik awan putih
dan tak kelihatan

mula-mula i tak percaya unicorn wujud
tapi sekarang dah tengok dengan
deria sendiri
persepsi dah bertukar
perasaan pun.

harini i bagitau rakan-rakan about the unicorn
tak seorang pun percaya 
even with the detailed explanations
they still wouldn't believe me

biarlah.
i yang nampak biarlah i sorang yang percaya.
dia orang tak nampak apa yang i nampak.
biarlah unicorn,
i percaya awak ada.
nanti satu hari dia orang akan nampak awak
dan like me, they'll believe.
trust me,
they'll believe.


p.s: "believe. you must let yourself be open to accept it."

15 September 2012

10 September 2012

buttermilk

kau seperti
bun buttermilk 60sen
yang aku beli dekat kafe tadi
tersergam gah indah dalam paket lutsinar
perut aku lapar lantas selepas membayar aku buka paket dan
gigit
sikit demi sedikit
roti bun buttermilk 60sen
ingin ku rasakan buttermilk itu cair dalam mulut tapi hampeh
apa yang aku dapat?
debu-debu buttermilk serta roti yang hanya indah empuk daripada rasa
ingin menangis tapi apakan daya?
aku gigit, dan gigit sehingga tinggal sedikit dan 
aku buang

tak sedap.
menyesal.
aku ingin 60sen aku kembali.



p.s: buttermilk dekat Kuching sedap.

06 September 2012

terima kasih, mungkin?

engkau kanser
yang mungkin menjadi
penyembuh hati
yang telah diracuni
mengembalikan mimpi-mimpi
yang telah dikubur
bersama-sama air mata.

ironi, kan?



p.s: penuh. makna. terima kasih.

02 September 2012

hati ku, hati mu.

tidak mampu ku petik bintang
untuk kau simpan
di dalam sebuah botol kaca
untuk kau peragakan kepada
mereka-mereka yang tidak mempercayai nya
atau 
mereka-mereka yang telah hilang kepercayaan nya
apa yang mampu ku beri 
adalah hanya secebis hati ku
yang ku balut dengan sebuah kain putih
untuk kau jaga dengan rapi
supaya engkau, 
tidak hilang kepercayaan
dan akan terus percaya
walaupun aku tiada.

simpan lah ia, jaga lah ia.

dan bila engkau terasa rindu menggigit jiwa
bukalah balutan itu
tertulis namamu di atas hati tersebut
untuk mengingatkan engkau bahawa rasa
sayang
cinta
rindu
aku dekat engkau tidak mungkin pudar

(semudah yang engkau sangka).



p.s: ini tidak adil, tidak adil.

20 August 2012

belon helium.

ku lilit belon-belon keliling pinggang
katanya mereka mampu buat ku terbang
jika dikumpul dalam jumlah yang banyak
jadi aku lilit belon-belon helium tersebut
dengan harapan aku mampu terbang.

and i did fly
and i was so happy
i soared so high.

tapi lepas itu belon-belon kehilangan helium
aku hilang kawalan, altitud kurang, aku jatuh dan merasa 
sakit dan perit 
dan aku menangis, menanggung pedih.

sekarang aku confused, though.

mahu terbang lagi, gembira, dan jatuh, 
lepas itu sakit perit?
atau
tidak mengambil risiko itu dek takut
dan hilang salah satu nikmat dunia?

oh dilemma.



p.s: kan?

19 August 2012

memori

memori, kau ku simpan
balut dengan kain emas
dengan rapi ku letak
dalam bekas besi
disorok di belakang gambar
dikunci dengan kombinasi
nombor yang bermakna.
jika satu hari nanti nanti
ingin ku lihat semula memori,
tanpa rasa pedih di ulu hati
atau bergenang kristal di mata
satu hari dimana hanya terukir
lengkungan di bibir
dan rasa gembira di dalam diri.

buat masa sekarang
memori, ingin ku kunci
kau bagi selamat
daripada dicuri
oleh pencuri-pencuri
durjana dan supaya
kau kekal terpelihara buat 
selama-lamanya

(mungkin).


p.s: semua yang ku alami.


28 July 2012

ratap

kata-kata ku tidak sehalus 
yang engkau penakan
tidak bermakna di mata kau
hanya sebesar zarah mikroskopik
yang tidak signifikan
kau tolak ke tepi dan terus
berjalan tidak menoleh ke belakang
walau untuk sesaat
tapi apa yang kau tahu?
gelora di hati
kesedihan di jiwa yang memakan diri
hari demi hari
menanti saat yang tidak akan datang 
kembali?
rindu tidak berbalas hanya disepak
lebih jauh 
ini luahan hati ku
yang meronta-ronta, menjerit
pedih, sedih, letih

tidak terhenti.


p.s: melankolik, kan?

04 July 2012

bulan baru

bulan baru
sepatutnya ada cerita baru, bukan?
tapi bukan untuk aku gamaknya
masih
sedang mencari bintang-bintang di angkasa
sambil tersenyum gelak ketawa gembira
bersama rakan-rakan disisi
jauh bintang-bintang tak terasa
dekat-dekat hati
kadang-kadang terasa 
apa?
perasaan 
yang 
datang kadang-kadang bagai raksasa
merobek jiwa
kadang-kadang datang bagai hujan
membanjiri hati
kadang-kadang datang bagai 'unicorn'
memberi kepercayaan yang lama hilang
yang adakalanya malap dalam diri

bulan baru,
hai?
apa cerita baru?


p.s: sudah lama tidak berprosa.

21 June 2012

bisa.

bisa mungkin aku bekas udara
yang pernah engkau perlukan
bisa mungkin aku segelas air
yang pernah engkau dahagakan
bisa mungkin aku hati
yang pernah engkau dambakan
bisa mungkin aku cinta
yang pernah engkau inginkan.

jika bisa semua nya
tiada bisa ku rasa
pedih pun tiada
cuma kosong yang tidak berperisa.

jika bisa semuanya
tidak semudah ini 
aku dilupa
dicampak ke dalam perigi

buta.


p.s: pabila yang baru dijumpa, dan yang lama dilupa.

p.s.s: i don't know if my use of the word 'bisa' here can be accepted or not. haha

30 April 2012

kapal.

marilah naik kapal ini.
usang, kata kau.
hampir runtuh, kata kau.
tak ingin, kata kau.
tak berbaloi, kata kau.

aku tersentuh.

marilah naik kapal ini.
usang? boleh dibuat baru.
hampir runtuh? kukuhkan.
tak ingin? aku pujuk.
tak berbaloi? engkau belum cuba lagi.

engkau buat muka, terdiam tapi bermakna.

marilah naik kapal ini.
kapal yang penuh memori ini.
aku tahu engkau tak lupa, mana mungkin.
marilah.
kita perbarukan kapal lama ini,

sama-sama,

dan kita selamatkan masing-masing
daripada lemas.



p.s: kita semua perlu diselamatkan, kadang-kadang.

minda berperasaan.

di dalam gelap aku duduk
bersandarkan dinding kosong yang sejuk
merenung tajam dalam kegelapan
hati berdebar bersebab
rasa geram menyesap ke dalam diri
rasa sayang menguasai hati
dan minda berkata berhenti

"tidurlah," kata ia
"tidak berbaloi berfikir," bisik ia
"menyakitkan hati, lagi ada," hasut dia

dan hati menjawab, tidak

"biarlah" kata ia
"biar aku sakit," jerit ia
"sebab sakit itu, tanda sayang," luah dia

di dalam gelap aku duduk
bersandarkan dinding kosong yang sejuk
merenung tajam dalam kegelapan
air mata mengalir bersebab
rasa sedih menyesap ke dalam diri
rasa cinta menguasai hati
dan minda,

menyepi diri.



p.s: teruskan dengan usaha.

21 April 2012

seni hati.

berlakon sehingga menangis sebenar
tapi engkau tidak percaya
sebab engkau fikir
aku hanya menjadi satu karakter.

menari sehingga kaki berdarah
tapi aku tidak berhenti
kerana aku tahu
betapa engkau suka tari menari.

menyanyi sehingga hilang suara
tapi jeritan masih didengar
kerana aku fikir
biarlah kau dengar rintihan dari hati.

berseni diriku
untuk menyampai perasaan 
kepada engkau
supaya engkau mengerti.

dan juga berseni,
untuk menipu diri.


p.s: menulis puisi, untuk meredakan hujan di hati.